Saturday, 31 March 2018

Majlis Perkahwinan Ain dan Irfan


Persembahan dalam majlis perkahwinan yang ditempah secara mengejut oleh abang Bob Teh Tarik untuk saudaranya di Dewan Alamanda Seksyen 20. Menggunakan khidmat Uncle Sam dan Cikgu CT membawa 15 orang ahli angklung hari ini ke sana. 7 lelaki dan 7 perempuan. Hari ini semuanya dikendalikan oleh Uncle Sam. Alhamdulillah, aku kembali kepada rutin aku merakamkan peristiwa yang berlaku di dalam majlis ini. Uncle Sam seperti biasa mengarahkan anak-anak angklung untuk membuat rehearsal setelah bersiap-siap.


Jam 11.00 pagi kami mula menikmati hidangan pengantin. Lauk ayam masak merah, daging masak hitam, dalca sayur, papadom dan buah oren. Pelbagai jenis kuih muih disediakan, epal bersalut serbuk asam, rojak, kambing bakar...eh macam-macam lagi lah! Selesai makan kami kembali ke belakang pentas dan bersiap-siap sekali lagi sementara menanti pengantin tiba.

 

Jam 12.30 kami mula mengiringi pengantin masuk ke dalam dewan sehingga pintu gerbang sahaja dan kemudian disambut dengan lagu Surat Cinta untuk Starla. Kami menanti lagi di belakang pentas untuk acara seterusnya. Sebaik sahaja acara salam restu selesai maka kami pula mengambil giliran menghiburkan para tetamu  yang hadir. Semuanya nampak teruja terutamanya tetamu dari negara jiran iaitu Singapura.Tidak pernah mereka melihat persembahan angklung sebegini katanya. Satu penghargaan buat kami. Terima kasih.

  




Sebaik sahaja selesai persembahan kami bertolak pulang setelah bergambar dan makan sekali lagi.



No comments:

Post a comment