Thursday 23 February 2012

Latihan 4 Jr

Setiap hari Khamis merupakan hari latihan untuk kumpulan pelapis angklung yang baharu mendaftar menjadi ahli. Semenjak kebelakangan ini semakin ramai yang berminat untuk menjadi ahli kelab ini sehinggakan guru penasihat terpaksa membuat beberapa tapisan untuk memilih pelajar yang benar-benar mempunyai komitmen dalam seni ini. Amnan selaku pengerusi kelab mengendalikan kelas ini dan dibantu oleh beberapa AJK untuk melatih ahli yang baru. Walaupun guru penasihat tiada, mereka dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi dan dapat mengajar ahli baru untuk memainkan lagu Bintang Kecil dan Burung Kakaktua.


Ahli-ahli baru dan AJK Kelab sempat bergambar semasa latihan

No comments:

Post a Comment