Saturday 25 February 2012

Latihan Promosi Kelab

Walaupun dilanda ribut dan hujan lebat sewaktu menjalani latihan semalam......tidak mematahkan semangat ahli-ahli kelab untuk terus berlatih. Berpindah dari satu tempat ke satu tempat bermula di antara Blok KH dan Seni, berpindah ke Blok A tingkatan 5 dan akhirnya ke Dewan SMK Taman Sri Muda. Latihan ini diadakan sebagai persediaan untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada 26 Februari 2012 di Andorra Apartment, Taman Sri Muda.





Semasa latihan ini diadakan, rombakan kabinet juga turut sama dilakukan. Oleh kerana Amnan telah menjadi Pengerusi Kadet Polis maka jawatan sebagai Pengerusi Kelab Angklung SMKTSM dilucutkan dan digantikan dengan Arham setelah mendapat kelebihan undi. Sementara Khalid pula menjadi ketua persembahan kelab. Tiga orang AJK baru turut dilantik sebagai pengurus peralatan dan bilik kelab.

No comments:

Post a Comment