Wednesday 1 February 2012

Hari-hari Yang Meletihkan








Hari ini 1 Februari 2012....hari yang sungguh meletihkan fizikal dan mental. Hari ini hari ketiga ahli-ahli kelab cuba memahirkan diri memainkan beberapa rangkaian lagu sehinggakan kadangkala ada di antara ahli naik darah kerana beberapa ahli yang lain hilang tumpuan dalam latihan. Namun akhirnya semua berjalan lancar kerana kerjasama dari semua. Encik Sam jurulatih kami tidak jemu-jemu melatihkan ahli kelab dan memberi perangsang kepada semua. Esok latihan akan dimulakan pada pukul 1.10 tengahari......ahli-ahli kelab masih ceria dengan keputusan tersebut. Penasihat kelab pula sibuk mencari 'book stand' untuk persembahan nanti. Habis semua dihubungi. Encik Manan pula telah berbesar hati untuk membawa semua ahli kelab ke tempat persembahan setelah digoda oleh dua guru penasihat yang memang....tak berhati dan berjiwa....(cuba melawak dalam kepenatan). Apa-apa pun syabas untuk semua usaha yang telah dicurahkan oleh setiap ahli untuk menaikkan nama kelab dan nama sekolah. Chaiyok, chaiyok!

No comments:

Post a Comment