Tuesday 21 February 2012

Latihan Lagu Bertemu dan Berpisah

Hari ini 21 Februari 2012, Encik Sam sekali lagi terpaksa datang untuk melatih ahli kelab memainkan lagu Bertemu dan Berpisah. Lagu ini khas untuk Pengetua SMK Taman Sri Muda yang berpindah ke tempat lain. Majlis ini akan berlangsung pada hari Khamis, 23 Februari 2012 nanti. Belum puas bersama Pengetua yang baru, beliau telah diarahkan berpindah ke tempat lain. Banyak pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh beliau walaupun dalam jangkamasa yang singkat. Kekadang terasa amat penat namun apabila hasilnya kelihatan segala penat lelah dilupakan dan senyuman puas dilemparkan. Beliau jugalah yang telah banyak memberi perangsang kepada Kelab Angklung sekolah untuk terus berusaha agar dapat mengharumkan nama sekolah.


 
Puan Siti Rogayah Yahya







No comments:

Post a Comment