Saturday 4 February 2012

Persembahan Rumah Terbuka MCA Kota Raja

Pentas untuk persembahan

Puan Suri Arini dan Puan Siti Rogayah turut sama meraikan majlis

Senyuman manja dari Puan Puspharani

Bergambar sakan

Tersenyum riang sambil menjamu selera



Karaoke time

Naga pun pandai minta angpau



Nyanyian lagu gong xi beramai-ramai

Bersedia untuk persembahan

YDP PIBG Puan Anita Atan turut menghadirkan diri

Persembahan mantap dari Kelab Angklung SMKTSM

Ketibaan kami disambut dengan bunyian yang biasa didengari.......tarian naga! Sungguh riuh rendah suasana dan begitu berwarna warni terutama sekali warna merah. Warna ong! Semua ahli kelab duduk di tempat yang telah disediakan ..... macam VIP la pula. Riak wajah setiap ahli kelab begitu ceria sambil menikmati hidangan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Sebaik sahaja tarian naga dipersembahkan maka tibalah giliran ahli kelab membuat persembahan. Pengacara telah meminta kerjasama dari setiap tetamu untuk senyap bak seketika untuk menghayati bunyi angklung ini oleh kerana tiada pembesar suara disediakan.

Setelah pengacara memperkenalkan kumpulan angklung ini, maka bergemalah bunyi angklung di majlis ini dengan merdunya. Para tetamu telah dihiburkan dengan 4 buah lagu iaitu lagu Gong Xi Gong Xi, Gelang Sipaku Gelang, Shanghai Beach dan lagu Bahasa Jiwa bangsa. Bertambah meriah pula apabila ada di antara VIP yang turut sama menyanyikan lagu semasa didendangkan.



Setiap kali selesai lagu didendangkan, tepukan gemuruh diberikan oleh para tetamu yang hadir. Pemberian angpau kepada setiap ahli kelab di akhir persembahan membuat semua ahli tersenyum lebar hingga ke  telinga. Ya....persembahan kami mantap pada malam itu sehebat air hujan yang mencurah di akhir latihan kami. Tahniah untuk semua!

No comments:

Post a Comment