Wednesday 25 April 2018

Sambutan Hari Guru Peringkat PPD Petaling Perdana

Selsai menjalankan tugas sebagai pengurus pengangkutan di sekolah, dengan penuh kelihatan pulang ke rumah untuk menyegarkan diri dan kembali semula ke sekolah untuk menunggu anak-anak angklung. Hari ini kami akan membuat persembahan  di dalam majlis yang danjurkan oleh PPD Petaling Perdana sempena Hari Guru. Jam 5.30 petang bertolak dengan menggunakan pengangkutan daripada PPD ke UiTM. jalan agak sesak masa ini. Namun kami sampai taklah lewat...on time jer...tak tergesa-gesa untuk bersiap dan makan.

  

Seperti biasa....menanti dan menanti giliran untuk membuat persembahan. Maka, kami pun posing sana sini dulu dan jalan sana sini dulu. Namun pergerakkan terbatas di belakang pentas, tandas dan tepi dewan sahaja....hahahahaha.

  


Jam 10.30 malam baharulah kami dapat membuat persembahan. Namun persembahan kami agak kurang memuaskan kerana sound sytem yang sangat tidak bagus. Pentas sudah baik, dewan sudah cantik tetapi pengurusan sistem bunyi out. Sayang...tiada sambutan daripada para pendengar dan ini agak mengecewakan. Masalah ini telah diajukan kepada orang-orang yang berkenaan namun bak kata pepatah .......(pepandailah hang nak create sendiri pepatah yang berkaitan)....telah diberikan penenangan tentang keperluan dan bagaimana untuk mengatasi masalah namun tidak diendahkan. Kesian anak-anak angklung kami. Apa-apa pun terima kasih kepada PPD Petaling Perdana kerana telah memberi kepercayaan kepada kami untuk membuat persembahan di sini. Dapat berjumpa dengan Bonda Puan Norlila walaupun sebentar, Encik Sazali Pengetua Vokay Pendidikan Khas dan guru-guru yang seangkatan dengannya.

  



No comments:

Post a Comment