Thursday 26 April 2018

Sambutan Hari Lahir Januari - April dan Ketibaan Ramadhan Al-Mubaraq 2018

Minggu ini aktiviti sekolah penuh. lelah sudah terasa. Latihan sukan, latihan angklung, kerja rutin, kerja sampingan...semua perlu dibereskan dalam masa yang sama. Hampir tersungkur juga minggu ininamun alhamdulillah dikurniakan oleh Allah swt tenaga yang luar biasa minggu ini. Semalam sukan tahunan berakhir, hari ini sambung dengan latihan untuk persembahan pada hari Jumaat nanti. Di samping itu, tidak lupa untuk menyambut ulangtahun kelahiran anak-anak angklung dari bulan Januari sehingga April. Cikgu Malisa juga turut terjebak dalam sambutan hari ini. Tahniah Cikgu Malisa! Langsung juga menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia. So....biarlah gambar bercerita kali ini. Lelah sudah.....







No comments:

Post a Comment