Tuesday 3 April 2018

Lawatan Sambil Belajar AJK Yayasan Basmi Kemiskinan

Dari semalam aku dan Siti membuat persiapan untuk lawatan ini. memang terasa penatnya. Tidur pun tak boleh lena. Sakit telinga dan sakit tekak ku kembali semula. Tak pasal-pasal malm tu ke KPJ untuk berjumpa doktor sekali lagi. Fuh......gila. Alhamdulillah perancangan untuk majlis ini berjalan lancar awalupun ada kekurangan sedikit. Namun objektif utama mereka untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan untuk membuka kelab angklung tercapai. 

  

  

Terima kasih kepada para pentadbir kerana memberi sokongan kepada kami untuk majlis ini. AJK Pelaksana utama dua orang jer.....nak gelak pun ada. Tetamu disambut depan pagar lagi dan diiringi oleh anak-anak angklung ke Bilik Gerakan.




Majlis dimulakan dengan alunan angklung solo daripada Fazli dengan lagu Cant Help Falling in Love dan kemudian diteruskan dengan ucapan Pengetua, tetamu, pembentangan slide dan akhirnya perbincangan pengurusan kelab. Lawatan diteruskan ke Galeri kelab yang terletak di Bilik Anggerik. penerangan diberikan serba sedikit tentang item-item yang ada di sana. Akhirnya setelah mengalas perut kami membawa para tetamu melihat sendiri latihan anak-anak angklung di Rumah Hijau.

 

Alhamdulillah mereka sungguh teruja dengan persembahan yang diberikan. Perjanjian terus dibuat untuk meneruskan kolaborasi ini dan menandatangani MOU di antara YBK dan KAW SMK Taman Sri Muda. Kami mengiringi kepulangan mereka dan sempat mengabadikan gambar kenangan sebelum beredar.

  


No comments:

Post a Comment