Saturday 7 April 2018

Karnival Relaks@Dataran Putra, Putrajaya




Bersama-sama Arkib Negara (Pustaka P.Ramlee) kami muncul sekali lelaki di sini membawakan Irama P.Ramle menggunakan gemersik buluh angklung. Alhamdulillah perjalanan lancar walupun lambat bertolak dari Shah Alam dan dapat memakirkan kereta berhampiran dengan tempat persembahan. Menyiapkan peralatan dan membuat saound check lalu terus mengalunkan Alunan Biola sebagai pembuka bicara. Namun permainan kami dihentikan oleh kerana kami perlu berada bersama-sama dengan Datuk Ahmad Nawab dalam sesi temubual beliau.

  


Diakhir sesi kami diberi kesempatan untuk bergambar bersama-sama Datuk Ahmad Nawab. Amat membanggakan untuk anak-anak angklung ini kerana dapat bertemu dengan seniman yang lejen di Malaysia. Sebaik sahaja selesai kami bergerak semula ke khemah pameran dan memulakan persembahan selama setengah jam. Kami akhiri persembahan petang ini dengan lagu Lagenda khas ditujukan untuk Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

  


Sebelum maghrib kami menjamu selera dan kemudian menunaikan kewajipan. Puan Darsilah sempat menyampaikan sijil dan cenderamata daripada Pustaka P.Ramlee sebelum kami beredar pulang. Terima kasih kerana sering menjemput kami membuat persembahan.


No comments:

Post a Comment