Friday 9 June 2017

Raya Performance - Suria KLCC 1

Menuju ke Kuala Lumpur berbekalkan 18 orang anak-anak angklung. Hari ini giliran Doreen dan Saiful untuk memahirkan diri dengan angklung dan gerak tarinya. Alahamdulillah perjalanan ke sana berjalan lancar dan mendapat pakir yang sungguh strategik iaitu depan Hotel Mandarin. Pentas pun hampir dengannya. Anak-anak angklung terus menyusun alatan di pentas dan kemudian bersiap-siap untuk membuat persembahan.


Jam 2.15 petang mula membuat saound check. Uncle Sam mengendalikan semua tugasan ini dan tugas aku hanya menjadi jurugambar dan jururakam tidak bertauliah. Masa yang diberikan kepada kami hanya 20 minnit sahaja untuk satu sesi persembahan. Tepat jam 2.30 petang bergemalah gemersik angklung di Suria KLCC buat kali kedua sambutan Hari Raya.





Tamat sahaja persembahan kami berkemas dan menuju ke Alamanda pula. Alhamdulillah perjalanan ke sana sangat smooth. Jam 4.00 petang kami sudah sampai di Putrajaya. 

No comments:

Post a Comment