Thursday 22 June 2017

Raya Perfomance - Midvalley Megamall 3

Kenara takut tersangkut dengan jalan jem maka kami bertolak ke Midvalley pada jam 5.00 petang. Perjalanan ke sana memakan masa hampir satu setengah jam dari Shah Alam. Jalan sekejap ok sekejap sangkut dan terus melekat sebaik sahaja tiba di Petaling Jaya selepas kami melalui Hotel Hilton. Kalau jalan kaki dah lama sampai ke Midvalley tu. Van mendahului Kia sementara Cikgu CT ada kat belakang....dah tak nampak pun mana keretanya. Kukejar van dahulu sebab takut mereka terlepas jalan. Jadi masalah jika terlepas. Kena tawaf satu Midvalley then kena Uturn kan Kerinchi. Tapi sangkaanku meleset...Pak Aji menanti aku disimpang sementara kereta Cikgu CT yang kusangka boleh sampai tersalah jalan....bebudak ni pun...tunjuk jalan mana tah. Kuarahkan yang lain-lain bersiap dahulu sementara menanti kereta Cikgu CT sampai.



Tak sampai-sampai lagi Labu.....? Maka kami naik ke atas dan membuat persiapan di Centre Court. Menyusunatur alatan sementara menanti stand tiba. Then terus ke tempat biasa kami untuk berbuka puasa beramai-ramai di tangga mall. Last day kami berbuka di sini. Persembahan seterusnya dah raya...raya....raya....walawey!



7.45 malam ke Centre Court untuk membuat sound check dan persiapan akhir sebelum persembahan. Hari ini persembahan dikuasai oleh para pemain pelapis dari tingkatan 1. Ada yang pertama kali dan ada yang baharu dua kali membuat persembahan. Tahniah kerana berjaya menampilkan diri dengan lebih baik hari ini. Senyum lebarkan.





Persembahan berakhir jam 8.30 malam dan ditutupi dengan acara bergambar bersama-sama pelancong dari negara China.



Agak lewat sedikit kami bertolak pulang ke Shah Alam. Sempat berwefie dengan anak-anak angklung dalam perjalanan ke kereta.


Bye-bye Midvalley jumpa lagi di malam hari raya nanti pada 25 Jun 2017 jam 8.00 malam. Nak balik....balik kampung...wohoho...balik kampung....hati riang!



No comments:

Post a Comment