Saturday 17 June 2017

Indahnya Aidilfitri - The Starling 2 (The Mall in a Park)

Persembahan terakhir di bulan puasa kat sini. Kami sampai awal hari ini disebabkan ada beberapa orang naka-anak angklung nak bershopping katanya. Layankan sahaja. Aku mengambil kesempatan membeli produk kucing dan juga tools untuk kelab kat Daiso tu. Walaupun harganya RM5.60 setiap satu barang jika dah beli banyak-banyak barang tentu banyak juga bayarannya kan...kan....kan.

Jam 1.15 meminta anak-anak angklung bersiap-siap untuk persembahan jam 2.00 petang nanti. Hari ini sepatutnya ada 21 orang tetapi Risma hari ini tidak dapat hadir. Ada kecemasan katanya. Tinggallah 20 orang semula. Membuat persediaan dengan bantuan Uncle Sam seperti biasa.



Sempat berposing-posing di tangga rumah sebagai kenangan sebelum meninggalkan kampung halaman di Starling neh.


Jam 2.00 petang memulakan persembahan. 40 minit gemersik angklung mendayu di dalam mall ini hari ini.




Jam 3.00 petang bertolak terus ke Putrajaya. Ada persembahan di Alamanda Shopping Centre pula. Jumpa lagi Starling. Moga para pengunjung terhibur dengan ayunan kami tadi. Bye!

No comments:

Post a Comment