Tuesday 27 June 2017

Raya Performance - Midvalley Megamall 5

27 Jun persembahan di Hari Raya yang ketiga. Persembahan Hari Raya kedua kami tersalah masa maka dibatalkan sahaja persembahan pada hari tersebut. Maafkan atas kecuaian kami. Hari ini Alif dan Chong dapat menyertai persembahan. Alhamdulillah semakin mantap persembahan dengan kehadiran mereka dan dapat membantu pemain-pemain solo di belakang sedikit sebanyak. Hari ini pemandu pelancong masih Uncle Sam yang setia dengan kelab ini. Thank you Uncle Sam.



Persembahan mereka pada hari raya ketiga juga mendapat sambutan. Itu laporan yang telah diberikan oleh Riezwan kepada aku. Hari ini Cikgu Siti Raxkina dapat menemani mereka di sana. Aku masih berada di Lenggeng. Bukan berhari raya tetapi menyiapkan rumah untuk disewa pada bulan Julai nanti.





Sempat mereka pau Uncle Sam selepas selesai persembahan di Midvalley. Makan KFC. Rezeki mereka malam itu. Alhamdulillah. Terima kasih anak-anak angklung atas persembahan hari ini walaupun cikgu tiada untuk membuat pemantauan dan pengurusan seperti biasa. Sangat-sangat menghargai pengorbanan kalian.

No comments:

Post a Comment