Friday 1 July 2016

Salam Aidilfitri Alamanda 3 (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Persembahan terakhir kami di sini sempena sambutan Hari Raya 2016 di Alamanda Shopping Centre. Kami berjubah hitam dan bertudung biru sementara pemain lelaki memakai baju melayu hitam dan biru yang baharu sahaja aku beli di Mydin kat seksyen 25, Shah Alam. Ada rezeki...bolehlah tambah koleksi pakaian kelab ini. Alhamdulillah. Kami tiba awal di sini. Setelah barang-barang dipunggah kamii bersantai di beranda sambil bernain congkak. Kuberikan pesanan penaja untuk bersiap pada pukul 5.00 petang kerana persembahan kami akan bermula pada jam 6.00 petang nanti. Sempat juga kami mendengar persembahan daripada kumpulan muzik asli.



Kubiarkan mereka leka bermain congkak....dalam pukul 5.15 petang baharulah aku arahkan mereka untuk bersiap-siap. Jam 6.00 petang kami menyambung perjuangan seni di sini. Disebabkan hari ini hari terakhir kami berada sempena sambutan Syawal maka kami telah bermain angklung selama 1 jam dan bukan 40 minit.






Pelbagai rentak dan irama dimainkan pada petang ini. Sebaik sahaja selesai kami mengemaskan semua alatan dan bersedia untuk berbuka puasa. Sempat lagi bergambar dengan emcee hari ni...Reza.


 Hari ini kami berbuka puasa di beranda ini juga. Best!



Selesai job kami di sini pada bulan ini. Alhamdulillah....harap semua pengunjung Alamanda terhibur dengan persembahan kami. Jumpa lagi tahun depan...insyallah.

No comments:

Post a Comment