Sunday 3 July 2016

Salam Aidilfitri di Suria KLCC 4 (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Selepas persembahan di Garden Mall, kami membuat persembahan di Suria KLCC pula. Semasa van kami memasuki ruangan parkir, bumbung van terkena di pintu masuk parkir. Alamak, tak muat pulak! Bumbung van terlalu tinggi daripada had yang ditetapkan lalu van terpaksa berhenti di tepi sahaja. Nasib baik pintu masuk ke Suria KLCC tidak jauh dari tempat kami berhenti. Sejurus bergegas ke pentas, kami dengan pantas menyusun stand dan angklung masing-masing. Risau kami lambat dari masa yang ditetapkan. Masa berbaki 40 minit dan Uncle Sam memberi taklimat untuk persembahan di sini.


Jam 4.00 petang, kami membuat persembahan dengan memainkan set lagu yang sama didendangkan di Garden Mall. Semasa kami memainkan lagu Besame Mucho Caca, seorang pengunjung dengan beraninya naik ke pentas dan menari bersama kami. Sungguh lucu!




Selesai persembahan kami, ada pengunjung bertanyakan kami semua dari mana. TAMAN SRI MUDA, SHAH ALAM! Kena la naikkan nama tempat asal kami hehehe.

Berakhirlah persembahan untuk bulan Ramadhan ini. Show seterusnya pada hari raya pula. *Lagu Dendang Perantau dimainkan di latar belakang*

No comments:

Post a Comment