Wednesday 6 July 2016

Hari Raya Pertama di The Garden Mall (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Bertolak ke Shah Alam pada jam 10.00 pagi dari Sepang untuk mengambil anak-anak angklung di sekolah. Raya pertama...persembahan pertama kami di bulan Syawal yang mulia ini. Pengorbanan yang besar dilakukan oleh anak-anak angklung Sabahan ini. 10 orang anak anklung dikendong ke sana. Hanya 3 anak angklung sahaja orang Semenanjung iaitu Chong, Fazli dan Azizi OTW. Boleh panggil group kali ini Angklung Sabahan pula. Boleh ke?


Kami sampai awal di sana walaupun bertolak lewat. Jalan tidak sibuk sangat. Kami ikut Federal Highway sahaja. Terus menyediakan alatan dan menyusun atur kedudukan pemain angklung. Ika, Syafina dan Syafiqa sahaja yang ada selebihnya lelaki.



Tepat jam 2.00 petang kami memulakan persembahan. Penonton kami terdiri daripada kaum Cina kebanyakkannya. Sungguhpun begitu sambutan mereka terhadap persembahan kami sungguh mengalakkan. Kami mendapat tepukan gemuruh setiap kali selesai memainkan satu-satu lagu. Terutamanya jika lagu tersebut lagu cina.



2.35 petang selesai tugas kami di sana. Sesi bergambar pula dengan para pendengar kami.



Tak sangka dapat pula bergambar dengan Dato Samy Velu. Dapat duit raya lagi!


Kami segera berkemas....nak ke rumah Uncle Sam pula...beraya yey!

No comments:

Post a Comment