Saturday 2 July 2016

Salam Aidilfitri di The Garden Mall 3 (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Entri kali ini sedikit berbeza dari yang sebelumnya kerana ditulis sendiri oleh ahli senior kawteam. Hai! Hari ini persembahan kami di The Garden Mall buat kali ketiga. Pergerakan kami ke sana sedikit lewat dari masa yang ditetapkan tetapi oleh kerana jalan tidak begitu sesak, kami selamat sampai awal di sana. Seperti biasa, kami akan menyusun stand dan angklung masing-masing di tempat persembahan sebelum dilepaskan untuk berjalan-jalan sekitar mall yang mewah itu huhu. Berjalan-jalan di mall dengan berpakaian jubah dan tudung biru sedikit sebanyak membuat pengunjung tertanya-tanya. Pengalaman ini sudah biasa dialami, sampai ada yang ingat kami ni anak yatim pada suatu ketika dulu. Pasrah je la uhuhu. Jam 1.45 petang, kami sudah bersiap sedia untuk membuat persembahan pada pukul 2.

Bergambar sebelum persembahan sudah menjadi perkara wajib untuk kami. Senyum!




Kali ini, kami mainkan sembilan buah lagu untuk para pengunjung. Sejujurnya, membuat persembahan di Garden Mall amat menyeronokkan kerana para penonton sporting belaka. Tepukan gemuruh yang mereka beri membuatkan kami lebih bersemangat untuk bermain angklung. Khususnya lagu "My Heart Will Go On (Dance Ver.)", teruja sungguh mereka melihat kami mendendangkan lagu tersebut sambil menari. Sebelum lagu itu dimainkan, ada pengunjung datang untuk mengambil gambar dan bertanya tentang angklung. Gembira melihat para pengunjung berminat dengan kami..., eh dengan angklung haha (perasan sikit).........






Selesai bermain, tunduk hormat diberikan kepada pengunjung tanda terima kasih kerana menonton kami. Kesempatan digunakan untuk bermesra dengan pengunjung mall dengan berjumpa mereka dan mengajar mereka cara-cara memainkan angklung. Ada juga yang sibuk nak bergambar dengan kami.




Tidak sabar untuk bermain di Garden Mall lagi esok. Lagi best hari ni kami dapat angpau awal dari Uncle Sam....muahahahahahaha!



No comments:

Post a Comment