Wednesday 25 July 2018

Hari Karnival Kokurikulum 2018

Subuh sepiee aku dah sampai sekolah....membawa macam-macam perkara dalam kepala. Nampak Saipul dan Annur berada di Bilik Angklung. Serahkan kunci dan mengarahkan mereka menunggu yang lain-lain sambil meninggalkan pesanan untuk penghias kek kepadanya. Singgah kantin untuk bersarapan. Setelah meninggalkan pelbagai pesan pada Cikgu Elsa apabila mendapat baju daripada Cikgu Rahayu aku kemudian bergegas ke Bilik Gerakan untuk menghadiri kursus. Bertembung pula dengan Cikgu CT pesan memesan lagi. Laporan hari ini kuserahkan pada 2 jurukamera hari ini iaitu Nooriezwan dan Ehsan.

  

Anak-anak angklung pepagi lagi dan berada di Bilik Angklung untuk mendapat tshirt baru kelab. Cikgu Elsa memikul tanggungjawab ini setelah kuserahkan list nama .

  

Selesai diserahkan kesemuanya ke Dataran Perpaduan untuk menghadiri perhimpunan pagi dan melakukan senaman Zumba beramai-ramai.10 buah lagu digunakan untuk aktiviti ini. Sebaik sahaja tamat senaman upacara merasmikan Hari Karnival Kokurikulum 2018 dilangsungkan. Upacara ini diuruskan oleh Koperasi Sekolah dan disempurnakan oleh Encik Mohd Din Bin Dollah selaku Penolong Kanan Pentadbiran. Gimik perasmian dibuat oleh Pasukan Kadet Bomba sekolah.

  


  

Setelah murid-murid diagihkan makanan dan minuman mereka kemudiannya diarahkan berada di tempat pertandingan masing-masing. Taklimat acara diberikan oleh Penyelaras Sukan dengan jelas sekali. Murid-murid yang tidak menyertai apa-apa acara pula mengambil kesempatan membeli-belah di gerai-gerai yang dibuka oleh persatuan dan kelab yang ada di sekolah. Guru-guru juga mengambil kesempatan membuat jualan pada hari ini.

Anak-anak angklung melibatkan diri dalam acara menghias kek, dam, congkak, anyaman, chu mei, mewarna, payung terjun dan lain-lain lagi. Siapa yang menang ?  Tunggu Isnin kata mereka. Namun mereka semua telah buat yang terbaik. Syabas.

  

  

  

Setelah selesai semua aktiviti anak-anak angklung mengambil kesempatan bergambar beramai-ramai. Penolong Kanan Pentadbiran Encik Mohd Din Bin Dollah, Penolong Kanan Kokurikulum YM Raja Arbaiyah bin Raja Abdullah turut sama bergambar dengan kami. Mana Cikgu Elsa? Dah selesai bergambar baharu disedari cikgu Elsa tiada. Takpe...next time apabila bergambar dengan pengetua nanti ya Cikgu Elsa. Jangan merajuk yea...ala muchuk..muchuk!


Jam menunjukkan sudah 1.35 petang. Kesemua murid-murid SMKTSM sudah beredar pulang ke rumah masing-masing. Aku...masih di sini untuk meneruskan baki masa kursus 2 jam lagi. Ok, bye!


Hasil nukilan bersama-sama :

Nooriezwan Mohd Rizkan
Mohammad Ehsan Bin Idris


No comments:

Post a Comment