Friday 20 July 2018

Anugerah Srikandi GPMS

Khidmat driver hari ini menggunakan khidmat suami Cikgu Siti Raxkina. Pak Agos dan Haji Ismail tidak dapat membawa kami hari ini. Jam 12.15 kami bertolak ke Hotel Istana berpandukan Waze. Rasanya group aku pernah buat persembahan di sini dan VIPnya ialah Tun Dr Mahathir Mohammad. Masa tu beliau merupakan mantan PM kita. Kali ni VIP hari ini ialah Sultan Perak dersama-sama permaisurinya, Timbalan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri.



Makan tengahari yang disediakan oleh pihak GPMS dan kemudian mengarahkan anak-anak untuk solat Zohor sebelum menerima taklimat. Agak lewat juga taklimat berakhir dan kami terus menyalin pakaian dan bersiap. Sebaik sahaja selesai kami membuat rehearsal sendiri di atas pentas. Kami hanya perlu menundukkan kepala sahaja. Fazli menjadi ketua memberi arahan. Sopan aje suaranya.



6.45 petang kami memulakan persembahan dengan lagu Zapin Berkasih. Pada pukul 7.15 malam kami menghentikan alunan angklung kami dan berhenti untuk makan malam dan menunaikan kewajipan. Pada jam 7.45 malam kami memulakan semula persembahan dan berhenti sebaik sahaja Sultan masuk ke holding room. Kemudian kami bersedia untuk mengiringi Sultan ke Ballroom.




Selesai tugas di luar dewan, kami masuk ke dalam Ballroom menggunakan pintu belakang. Bersedia untuk membuat persembahan 3 buah lagu iaitu Getaran Jiwa, My Way dan Kasih. Masa bersantap kami memulakan persembahan. Terpegun tetamu apabila alunan pertama angklung di dalam Ballroom. Setelah persembahan berakhir kami duduk meja yang dikhaskan untuk kami. Kemudian bergegas keluar untuk bergambar dengan VVIP.






Jam 11.00 malam baharulah semuanya selesai dan kami bertolak pulang dengan gembira. Semuanya berjalan lancar hari ini. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment