Saturday 26 May 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Setelah berpenat lelah selama 3 hari berturut-turut maka tibalah hari yang dinanti-nantikan. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 25 Mei 2012. Seawal pagi ahli kelab telah tiba dan menanti di bilik kelab. Semua peralatan dan perkakasan yang hendak digunakan dikumpulkan dan dibawa ke Dataran Kejat. Cuaca seperti tidak mengizinkan persembahan diadakan di atas pentas Dataran Kejat maka ahli-ahli kelab bersedia dengan `plan B'.

Para pelajar tidak berpeluang mendengar alunan angklung


Resah menanti

Jurulatih angklung SMK Taman Sri Muda, Encik Sam Mat Kous turut hadir memberikan sokongan moral kepada anak-anak didiknya.

En.Sam bersama para jemputan



Majlis dimulakan dengan perarakan para jemputan dan guru-guru ke dewan sekolah dengan diiringi lagu Queens....We're the Champions! Terbentang karpet merah meraikan ayunan kaki pejuang negara ke persada majlis. Guru-guru SMK Taman Sri Muda dirai pada pagi ini.

Ayunan dirasmikan oleh Pengetua Tuan Haji Wahid

Anak-anak buah mengeokori di belakang
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan ucapan daripada Ketua Pengawas, Pengetua dan YDP PIBG SMK Taman Sri Muda Encik Kashfi. Penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan dijalankan dan Encik Sam Mat Kous merupakan salah seorang penerima cenderahati dan sijil penghargaan daripada pengetua sekolah Tuan Haji Wahid.



Maka tibalah giliran ahli kelab angklung memulakan persembahan di hadapan para jemputan dan para pelajar yang sabar menanti di dalam dewan. Persembahan dimulakan dengan lagu Warisan, yang mana lagu ini ditujukan khas untuk semua guru-guru SMK Taman Sri Muda yang berjuang untuk anak bangsa tanpa jemu dan sabar. Lagu kedua Terukir di Bintang dan diakhiri dengan lagu Anak Kampung yang dipopularkan oleh Jimmy Palikat penyanyi dari Sabah.




Sebahagian pelajar yang bertuah

Sungguh mendebarkan melihatkan persembahan mereka. Ini adalah kerana mereka masih tidak dapat memainkan lagu-lagu dengan baik semasa latihan dijalankan  walaupun telah berlatih berhari-hari. Namun alhamdulillah...di hari persembahan semua berjalan lancar. Semua lagu yang dimainkan dialunkan dengan baik sekali. Pujian juga telah diberikan oleh jurulatih kelab. Setelah dihiburkan dengan ayunan angklung para jemputan kemudiannya dibawa ke Bilik Gerakan untuk menjamu selera. Ahli-ahli kelab angklung sungguh teruja pada hari ini. Tetapi para guru tidak dapat melihat persembahan kami oleh kerana mereka berada di luar dewan.


Guru-guru mendengar alunan lagu dari luar.

KLIP-KLIP PERSEMBAHAN




Gabungan ketiga-tiga lagu


No comments:

Post a Comment