Monday 14 May 2012

Lawatan Sambil Belajar ke Skudai 29 April 2012

Malam tadi, semua ahli-ahli angklung senyap dan sunyi. Keletihan melanda kesemua ahli. Akibatnya semua lewat bangun dan berebut-rebut untuk menggunakan bilik air. Setelah semua bersiap, kami pun beredar ke Kafe Kombes untuk menikmati sarapan pagi. Menu pagi ini meehun goreng, sambal telur dan teh.




Pagi ini semuanya agak sembab dan perlahan, mode tido dan mengantuk masih terserlah di wajah masing-masing. Jam 8.00 pagi kami pun menaiki bas untuk ke rumah Encik Tumian.

Tido...tido...tido
Sebaik sahaja tiba di bengkel, kami semua mencapai peralatan dan perkakasan menyambung semula kerja-kerja membuat angklung ini. Hari ini tiada alunan merdu angklung dari adik Encik Tumian oleh kerana beliau mendapat jemputan untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan di bandar Muar.





Tuning

Satu-satunya alat moden yang digunakan

Cikgu Malisa semakin cekap

Mengikat angklung
Setelah bertungkus-lumus dari pukul 9.00 pagi sehingga 4 petang maka jadilah angklung kami. Malangnya kami tidak sempat untuk mengikat kesemua angklung di bengkel dan terpaksalah kami menyambung kerja-kerja mengikat di dalam bas nanti. Sebelum pulang kami sempat bergambar untuk memori dan memberi cerderamata kepada Encik Tumian yang telah sudi memerah tenaga selama dua hari untuk mengajar ahli-ahli kelab angklung ini.

Plag khas untuk Encik Tumian


Balik ke Shah Alam

Masih tekun mengikat angklung

Tak mahu kalah dengan Cikgu Abu Supian

Azizan....keletihan merayau

No comments:

Post a Comment