Monday 14 May 2012

Majlis Harijadi Ajik

Sudah lama tak update blog. Terlalu banyak kerja urgent yang perlu disiapkan dan dibereskan dalam bulan Mei ini. Namun begitu permintaan persembahan untuk majlis harijadi tetap diterima. 13 Mei...Hari Ibu, selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di Malaysia, tidak kira kaum, bangsa dan agama. Hari ini juga merupakan hari lahir Haziq anak kepada Nurlela yang cilik, comel dan keletah sekali.  Selamat menyambut ulangtahun yang ke-4 tahun.





Hari ini merupakan hari yang paling istimewa buat Ajik, persembahan angklung dari SMK Taman Sri Muda akan mengalunkan lagu Happy Birthday sebelum upacara memotong kek. Hadiah yang paling besar dan akan dikenang sepanjang hayatnya.

Sebelum memulakan persembahan, ahli-ahli kelab sempat melakukan beberapa aktiviti sampingan yang menyeronokkan.

Rilek la beb!

Ariff menjadi mangsa

Rakan seperjuangan mentertawakan Ariff
Jam 2.30 petang majlis pun dimulakan dengan alunan lagu Happy Birthday dan nyanyian daripada tetamu yang hadir pada petang itu.

Hepi Besday to Ajik!

Mak potong lah...lambat sngat Ajik ni.

Setelah itu semua ahli angklung menjamu selera sebelum memulakan persembahan yang seterusnya.



Setelah menjamu selera, maka ahli kelab pun memulakan persembahan dengan mengalunkan lagu Happy Birthday sekali lagi diikuti dengan lagu Bintang Kecil, Burung Kakaktua, Jong Jong Inai, Gelang Sipaku Gelang, Do Re Mi,  Shanghai Beach, Bila Mama Pakai Celana, Trek Tek Tek, Terukir di Bintang dan Anak Kampung. Sebenarnya banyak lagi lagu yang hendak dimainkan tetapi oleh sebab kekangan masa maka lagu-lagu yang terpilih sahaja dimainkan.




Sempat juga ahli kelab berseloka dengan badut majlis, meminta badut tersebut membuatkan mahkota daripada belon.


Beberapa ahli kelab turut juga menyertai acara mencari harta karun....bersemangat sungguh Ariff mengumpulkan kartun Tom and Jerry. Menang pula tu!

Tekun mendengar taklimat penaja harta karun

Lebih kurang pukul 4.00 petang kami pun beredar pulang setelah menjamu selera kali ke berapa tah.......sebelum pulang ahli kelab sempat mengumpulkan buah tangan kesukaan masing-masing untuk dibawa pulang. Di samping itu, tuan rumah turut membekalkan sekeping coklat bersaiz mega untuk setiap ahli kelab angklung. Sebelum pulang kami semua sempat merakamkan gambar kenangan di hadapan dewan kondo tersebut.



Cantuman klip-klip persembahan di Taman Desa.

 

No comments:

Post a Comment