Tuesday 1 May 2012

Lawatan Sambil Belajar ke Skudai 28 April 2012

Seawal 5.00 pagi sudah kedengaran riuh rendah pelajar lelaki masuk ke bilik air. Hemm......sudah masuk waktu solat Subuh ke? Terlalu teruja nampaknya para pelajar ni. Semua orang yang menginap bangun disebabkan kekecohan mereka ini. Kesian cikgu Abu Supian yang tidur bersama-sama pelajar lelaki. Setelah semua bersiap, kami semua ke Kafe Kombes di komplek ini untuk menikmati sarapan pagi. Menu pagi ini...Nasi goreng bersama sambal telor serta air teh o.
Lepak menanti member bersiap

Sempat lagi posing tu!




Siap bersarapan kami beransur ke tempat parkir kereta untuk menaiki bas ke rumah Encik Tumian. Cikgu Abu Supian menjadi juru pandu kami ke sana. Walaupun panduan telah diberikan namun kami masih tersesat jalan dan terpaksa menunggu Encik Tumian sendiri datang untuk menjemput kami di tepi jalan raya berhampiran dengan perhentian bas di Skudai.

Ok En.Tumian...roger and out!

Bas kami

Hahaha.....sudah salah jalan
Tepat pukul 9.00 pagi kami tiba di perkarangan rumah Encik Tumian. Di sana kami telah disambut dengan bunyian angklung yang dimainkan sendiri oleh adik Encik Tumian. Sungguh merdu ayunan tangan beliau. Lagu yang didendangkan sungguh menusuk kalbu. Kalau tak silap lagu Putri Ledang.....itulah tajuk yang diberitahu kepada saya.

Enciik Tumian mengalu-alukan kedatangan kami

Menonton persembahan angklung


Putri Ledang
Sebaik sahaja selesai melihat persembahan ringkas, kami pun memulakan aktiviti untuk membuat angklung ini. Encik Tumian memperkenalkan alatan dan perkakasan yang diperlukan. Setelah memilih beberapa buluh yang sesuai, maka Encik Tumian pun memulakan tunjuk cara membuat angklung.




Encik Tumian dengan sabar menunjukkan kepada kami langkah demi langkah untuk membuat angklung klasik ini. Nampak mudah sahaja beliau melakukan potongan dan rautan pada batang buluh yang dipilih. Tak sabar kami untuk mencuba sendiri membuat rautan tersebut.




Setelah bertungkus-lumus hampir 5 jam kami hanya dapat menyiapkan induk dan anak angklung sahaja. Betapa sukarnya untuk membuat angklung ini, terutama untuk menghasilkan bunyi seperti yang dikehendaki. memang memerlukan kepakaran untuk itu. Tepat jam 4.00 petang kami meminta izin daripada Encik Tumian untuk mengundurkan diri pada hari itu. Setelah membantu Encik Tumian mengemaskan bengkel beliau, kami pun pulang dengan penuh kepenatan ke Kompleks Belia dan Sukan.



No comments:

Post a Comment