Sunday 25 March 2012

Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Bersama Rakyat

Pukul 6.40 pagi terpaksa mengejutkan jaga sekolah untuk membuka pintu pagar sekolah. Jam 6.45 Thareda tiba untuk membantu mengangkat dan membawa peralatan angklung dari bilik disiplin. Tidak lama kemudian ahli-ahli yang lain turut membantu sama. Tepat jam 7.30 bas dari SMK Seksyen Sebelas tiba dan kami mengangkat semua peralatan ke dalam bas.

Muka baru bangun tidur

Balik pukul berapa?

Senyum dalam gelabah
Setelah dua jam perjalanan mengikuti jalan dalam akhirnya kami tiba di tempat yang dituju walaupun tersesat sedikit. Kami disambut oleh Encik Rafi pegawai dari JKKN. Selepas meletakkan barang-barang kami mengambil sarapan yang telah disediakan di meja. Maklum, anak-anak moden, tidak biasa dengan makanan kampung, karipap, kek dan nasi impit bersambal ikan bilis serta air teh o panas.




Selepas menikmati sarapan yang tidak seberapa, kami juga telah dihiburkan dengan pertunjukkan silap mata dari meja ke meja oleh seorang ahli silap mata yang turut diundang.




Sementara menanti giliran untuk membuat persembahan, para tetamu dihiburkan dengan pukulan kompang dan nyanyian nasyid. Merdu sungguh suara penyanyi utama kumpulan nasyid tersebut.



Beberapa minit persembahan kumpulan nasyid berakhir maka tibalah giliran kami. Peralatan disusun di atas pentas dan kami pun memulakan persembahan dengan memainkan lagu Wau Bulan dan Gelang Sipaku Gelang. Ayunan pertama kami agak perlahan namun dapat diatasi dengan ayunan dari rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sebaik sahaja selesai memainkan lagu dan turun ke pentas, berkejar-kejaran kanak-kanak untuk mengetahui dan melihat dengan lebih dekat alt muzik angklung ini. Beberapa orang ahli cuba untuk memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada kanak-kanak tersebut.

Arham ditemuramah selepas persembahan

Rakan seperjuangan mentertawakan Arham

Jam 11.30 tetamu undangan program tiba untuk merasmikan majlis. Setelah semua AJK memberikan ucapan termasuk tetamu kehormat iaitu YB Dato' Hajah Noriah Hj Kasnon (Ahli Parlimen Sg.Besar) merangkap Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, penyampaian bantuan, hadiah dan cenderamata, Kelab Angklung Sri Muda bersedia untuk menghiburkan para hadirin dengan persembahan yang kedua.

JKK Kampung berucap

Wakil pengarah JKKN

En.Rafi and the gang

Yang Berhormat Dato' Noriah

Penyampaian sumbangan dan hadiah

Kelab Angklung SMK Taman Sri Muda
Selepas menikmati pecal untuk mengalas perut makan tengahari, kami pun beredar untuk pulang ke Shah Alam dengan hati yang berbunga-bunga kerana salah seorang dari ahli kelab telah memenangi cabutan bertuah. Tahniah!


Menanti bas

Kepenatan dan kepanasan

 

No comments:

Post a Comment