Thursday 1 March 2012

Latihan 4 Jr Part II

Latihan hari ini dijalankan depan bilik kelab oleh kerana dewan digunakan untuk ceramah. Walaupun kurang selesa dan panas, namun rekrut-rekrut baru dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Ahli-ahli baru semakin hari semakin bertambah. Latihan dikendalikan oleh Amnan, Khalid, Angeline, Natania dan beberapa lagi ahli perintis. Ahli kelab diminta memainkan lagu twinkle twinkle little star sebagai permulaan dan diikuti dengan lagu bintang kecil. Namun mereka agak sukar memainkan angklung tanpa bantuan fasilitator.Memang latihan yang banyak dan kerap perlu diberikan kepada rekrut baru kelab ini.

Amnan membantu rekrut baru

Berbincang tentang skor yang dimainkan
Sakit.....
Khalid menunjukkan cara yang betul memegang angklung

Letih mengulangi lagu yang sama



Bunyi loceng melampau betul....

No comments:

Post a Comment