Tuesday 6 March 2012

Karnival Muzik BN Youth Music 2011 Part II


Selepas menikmati makan tengahari yang seadanya, ahli-ahli kelab mula bersedia untuk memulakan persembahan. Tetapi sebelum memulakan persembahan kesemua ahli kelab sempat bergambar bersama anak Allahyarham P.Ramle iaitu Encik Sazali.


Lunch bersama artis

African drummer memulakan bunyi-bunyian diikuti denngan tarian-tarian yang sewaktu dengan iramanya. Sebaik sahaja persembahan mereka selesai, ahli kelab memulakan persembahan secara santai dengan lagu sambutan.



Semasa inilah tiba-tiba muncul Toi AF tanpa disedari yang memerhatikan kami bermain. Tiba-tiba terdengar satu suara memanggil guru yang sedang duduk bermain bersama ahli kelab. Toi ingin bertanyakan sesuatu mengenai kelab kami.




Kami pun memberikan penerangan serba sedikit mengenai kelab ini. Nampaknya beliau berminat untuk membantu kelab ini mengikut keperluan kelab. Toi juga mengenali jurulatih kami iaitu Encik Sam Mat Kous dan mereka pernah berganding bahu untuk membuat persembahan. Setelah bertukar-tukar idea dan pendapat maka Toi tampil ke depan untuk membimbing ahli kelab bermain angklung.

No comments:

Post a Comment