Monday 10 August 2020

Penyampaian Hadiah dan Cenderahati

Sepatutnya hadiah ini disampaikan pada hari Sabtu yang lalu tapi aku lupa. Maklum memory dah banyak hilang, REM dan tak kuat banyak benda kena delete. So, jadinya penyampaian hadiah untuk pemenang pertandingan melukis logo kelab ditunda ke sekian kalinya dan digantikan pada hari  ini, Isnin 10 Ogos 2020. Langsung penyampaian cenderahati untuk dua orang ustaz muda yang membantu kami pada hari Sabtu yang lalu. Pemenang melukis logo tahun ini jatuh kepada Muhammad Saiful Azim Abdul Azis yang menggondol dua hadiah sekali gus iaitu tempat kedua. Sementara tempat ketiga diungguli oleh Muhammad Aiman Shafiq.

Muhammad Saiful Azim
Muhmmad Saiful Azim
Pertama & kedua

Muhammad Aiman Shafiq
Muhammad Aiman Shafiq
Ketiga

Ustaz muda juga menerima cenderhati dari kami pada hari ini yang disampaikan oleh Muhammad Saiful Azim pemenang pertandingan melukis logo kelab.

Ustaz muda Jad Jafni (4 Setia)

Ustaz muda Adli (4 Dedikasi)

Rakan- rakan sekelab turut sama mengambil peluang berkumpul sekali lagi di kabin untuk menikmati juadah lebihan majlis kelmarin. Alhamdulillah semua dapat dihabiskan dengan jayanya. Terima kasih semua kerana memberikan kerjasama.

No comments:

Post a Comment