Sunday 2 June 2019

Selamat Hari Raya Summit USJ

Pertama kali kami memijakkan kaki di mall ini untuk membuat persembahan Hari Raya. 13 orang ahli menunjukkan kemahiran mereka bermain angklung hari ini. Memakir kereta di valet parking agar van Pak Agus dapat sama memakirkan keretanya dengan mudah. Sesampai sahaja di sana terus setup alatan oleh kerana tempat persembahan betul-betul berada di hadapan pintu masuk mall sahaja. Setelah siap kuarahkan anak-anak angklung bersiap-siaga. Namun setelah Miss Boon sampai rupa-rupanya persembahan kami bermula pada pukul 2.00 petang. Terus aku call mereka agar turun lebih awal. Setelah membuat sound check tepat jam dua petang kami memulakan persembahan. Dimulakan dengan lagu Dikir Puteri dan diakhiri dengan Selamat Hari Raya versi chaca. 10 lagu kami alunkan dengan angklung yang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sepatutnya hanya 30 minit sahaja namun setelah orang pa system menyatakan tiada persembahan lain maka kuteruskan. Jam 3.10 petang kami pun beransur pulang dengan penuh girang. Terima kasih Miss Boon moga tahun depan kita dapat bekerjasama lagi.

  


  




No comments:

Post a Comment