Thursday 13 June 2019

Sanggar Angklung MPS Part 3

Keluar lebih awal dari biasa untuk ke Selayang bersama-sama dengan 2 orang ahli angklung iaitu Farid da Acok. Kami sampai tetap seperti biasa dan terus menuju ke Dewan Anggerik untuk menletakkan barang-barang di sana dan kemudian membenarkan 2 anak angklung makan  tengahari. Setelah itu menunaikan kewajipan dan seterusnya kembali semula ke dewan untuk membuat persiapan. Aku memulakan pengajaran hari ini dengan lagu Menjelang Hari Raya dan kemudian diteruskan dengan Uncle Sam dengan lagu Terkenang-kenang. Skor lagu ini direndahkan agar mereka semua boleh memainkannya dengan baik. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kelas hari ini ditamatkan agak lewat sedikit dari biasa. Semuanya teruja apabila sudah dapat memainkan lagu dengan baik. Syabas!

  

  


No comments:

Post a Comment