Saturday 22 September 2018

Taman Tugu Project - Eco Day


Membawa 13 orang ahli kelab angklung ke Taman Tugu Nursery di Kuala Lumpur. Pertama kali kami menjejakkan kaki di sini. Sebuah taman hutan di dalam bandar. Bertolak lewat 3 minit dari waktu yang dirancangkan dan alhamdulillah sampai ke destinasi dengan selamat. Setelah memakirkan kereta terus mengambil sarapan yang telah ditempah oleh Uncle Sam untuk kami. Makan roti telor, teh tarik dan milo ais. Menurut krew yang bertugas di taman terdapat sarapan pagi yang disediakan oleh  mereka secara percuma, namun tempahan telah dibuat di gerai yang berhampiran maka kami bersarapan di sini sahaja.

 

Setelah menempatkan barangan ke dalam trailer, maka turut menyertai hiking selama satu jam di dalam taman ini. Agak mencabar juga turun naik bukit. Sesak nafas kami. Menurut guide yang membawa kami terdapat sebuah bangunan di dalam taman ini dan sudah terlindung oleh tumbuhan yang besar-besar. Memang....tidak kelihatan bangunan tersebut waaupun kami cuba memerhati dengan teliti.

  


Dalam perjalanan sempat singgah untuk mendengar anak-anak dari Paya Jaras bermain angklung di bawah arahan Uncle Sam. Setelah mendengar dendangan 2 buah lagu kami meneruskan hiking sehingga kembali semula ke tapak pameran. Kami menyertai aktiviti-aktiviti yang berlangsung di persekitaran sebelum membuat persembahan.

  

  

  

Jam 12.00 tengahari kami memulakan acara bersama-sama anak-anak Paya Jaras. 3 buah lagu di dendangkan bersama-sama mereka. Setelah itu kami mengambi alih tempat untuk menghiburkan para pengunjung. Memulakan persembahan dengan lagu Getaran Jiwa dan diakhiri dengan lagu Dikir Puteri. 

  



Sebelum pulang, kami menjamu selera sekai lagi dan kemudian menuju ke Tugu Negara untuk merakamkan memori di sana.


No comments:

Post a Comment