Sunday 1 January 2017

Majlis Perkahwinan Naza dan Intan

Menyambut tahun baru 2017 dengan memulakan langkah ke Cempaka Apartment Hotel untuk persembahan pertama kami. Alhamdulillah perancangan telah lama dibuat untuk majlis ini dan mempelainya sungguh sporting. 


Terus pakir kereta di bahagian chalet parking dan meminta anak-anak angklung masuk ke dewan terlebih dahulu. Pak Agus memngiringi anak-anak angklung ke atas.


Setelah siap membuat sound check, anak-anak angklung bersiap-siap, rehearsall iring pengantin dan makan dulu. Alahai bebudak pompuan nih...macam tak biasa lak pakai samping. Aku ingat dah siap pakai rupa-rupanya masih terhegeh-hegeh. Adoyai....meh sini kite tolong....






Kami lepak kat Dewan Selangor pula sementara menanti mempelai tiba. Jam 8.45 malam maka tibalah giliran kami memulakan majlis. Jidur dan gendang anak dipalu menandakan ketibaan mempelai dan masuk ke Dewan Cempaka.




Selepas selawat dan doa dibacakan kami meneruskan persembahan dengan lagu renjis dipilis untuk acara merenjis.



Disambut pula dengan lagu Bunga Rampai untuk majlis makan beradap dan di akhiri dengan lagu Kanikuly (How Do You Do). Terima kasih kepada pasanagn pengantin kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada kami untuk menghiburkan para tetamu yang hadir.







No comments:

Post a Comment