Thursday, 11 February 2016

Siri Jelajah Angklung 1Malaysia Kelantan

6 Feb 2016, tepat jam 10.00 malam bertolak ke Kelantan bersama-sama 14 orang anak-anak angklung. Fitri tidak dapat turut serta kerana diserang batuk. Cikgu Wani menemani anak-anak angklung di dalam van sementara aku drive sendiri bersama Kia Sportage kesayanganku. Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar. Rekod! Aku drive dari Shah Alam ke Kota Bharu Kelantan selama 8 jam. Sampai demam-demam aku dibuatnya.


Setelah solat subuh di masjid kami mencari DZ Homestay. Berpusing-pusing kami dibuatnya. Sampai homestay terus bersiap untuk ke Bachok untuk menghadiri majlis kenduri kahwin di sana.



Setelah tempat disiapkan, kami menjamu selera dahulu. Seronoknya kami makan tanpa sedari adat dan budaya sana. Rupa-rupanya khemah lelaki dan perempuan berlainan. Kami bantai makan kat khemah lelaki. Minta maaf ya tuan rumah. Persembahan kami santai dan bersahaja petang itu.







Jam 5.00 petang kami bertolak pulang ke homestay. Aku lepak dalam bilik kepenatan. Budak-budak layan diri masing-masing. Ingatkan nak berjalan ke bandar Khota Bharu. Hujan pula. Hajat dibatalkan. Lagi pun jalan jem kat bandar tu kata jiran sebelah kami. So....jejalan je kat kawasan homestay sambil tengok bebudak ni main takraw.



video

Malam kami keluar makan. Tak jauh dari homestay. Risau sangkut kat jem. Habis makan terus balik dan lepak. Aku masuk tidur terus. Air tarak. Nak mandi pun tak boley. Camne nih?




No comments:

Post a Comment