Friday 22 May 2015

Temubual Bersama Mahasiswi UiTM Puncak Perdana

Hari ini 3 orang mahasiswi UiTM Puncak Perdana datang ke SMK Taman Sri Muda. Lanjutan daripada informasi yang diperolehi daripada Uncle Sam semasa berjumpa di Great Eastern Mall dahulu...mereka ingin menemubual guru penasihat kelab pula. Berjanji untuk berjumpa pada jam 10.00 pagi di sekolah. Sesampainya mereka di sekolah ku cuba perkenalkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum Puan Suri Arini...namun bayangannya pun tak nampak. Mencari Encik Azman...juga tiada...Puan Sakinah...tiada juga....last-last aku terus membawa mereka ke Bilik Angklung untuk meneruskan temubual tersebut.

Rakaman temubual ini tidaklah mengambil masa yang begitu lama. Semua informasi yang diperlukan ku berikan secukupnya. Semasa perbualan hendak diakhiri bertembung pula dengan Encik Azman yang berada di Kabin. Kupertemukan mahasiswi ini dengannya. Pelbagai persoalan ditimbulkan oleh beliau. Gugup juga anak-anak dara ni hendak menjawab soalan tersebut. Harapan agar mereka dapat membuat dokumentasi dan pembentangan yang terbaik mengenai muzik tradisional angklung ini. 




No comments:

Post a Comment