Monday 18 May 2015

Promosi Kraf The Curve Part II

Pagi ini bertukar empat orang anak angklungku. Semuanya dari tingkatan 1. Beri peluang kepada yang lain untuk membuat persembahan dan mendapat pengalaman. Berposng sebelum bertolak ke Damansara.


Pukul 10.30 pagi bertolak ke The Curves dengan bantuan Pak Agus yang setia membawa kami ke sana dan menjemput kami pulang. Terus menurunkan anak-anak angklungku dan berpesan menyiapkan pentas dengan peralatan yang diperlukan. Tak lupa juga menyinarkn diri dengan sedikit solekan. Sementara aku pergi memarkirkan kereta ku di bahagian bawah bangunan. Chantek seklai tempat parkirku hari ini. Naik tangga sahaja sudah jumpa tempat persembahannya.

Hari ini kubiarkan Uncle Sam menguruskan lagu-lagu persembahan nanti. Aku hanya nak rileks dan merakamkan semua aktiviti yang berlaku di sini. Batukku semakin menjadi-jadi hari ni. beberapa kali aku sesak nafas akibat batukku. Dah kena jangkitan kuman agaknya. Aku harap dapat bertahan hari ini sehingga jam 10.00 malam nanti. Fisherman Friend menjadi teman baik aku hari ini. Ku makan tanpa henti walau pun Cik Zahidah sudah menasihati ubat itu tidak baik untuk buah pinggang.

Tepat jam 12.00 tengahari persembahan pertama pun dimulakan.



Jam 1.00 petang persembahan ditamatkan untuk sesi ini. Aku terus ke Cinema untuk membeli tiket wayang. Filem yang nak kami tonton hari ini cerita Jalan Puncak Alam.  Harga tiket RM16.00 seorang. Biarlah bagi sikit gembira budak-budak ni. Mereka yang pilih cerita tu pun. Kembali semula ke Chicken Rice Shoppe untuk mengisi perut. Lunch kami hari ini.



Kupesan kepada anak-anak angklung untuk kembali semula ke tapak persembahan pada jam 2.30 petang dan mempersiapkan diri untuk persembahan pada pukul 3.00 petang. Yang menurut perintah...muncul mereka tepat pada waktu yang dijanjikan. Terus memulakan persembahan sebaik sahaja DJ mengumumkan nama kumpulan kami. Orang ramai sdah mula bertenggek di hadapan pentas.



Juga mendapt sambutan hangat tetapi tidak sehangat semalam oleh kerana DJ yang ada pada hari ini tidak begitu memainkan peranannya. Datang bersama famili dan perhatian hanya tertumpu kepada famili. Selepas memperkenalkan group kami terus menghilangkan diri. Tiada sesi teru ramah dan sesi kuiz dibuar pada hari ini. Interaksi bersama penonton tidak berlaku hari ini. Tapi Amin tak kisah.......hahahahahaha!

Bergegas ke cinema sebaik sahaja tamat persembahan. Filem akan bermula pada jam 4.30 petang. Berjalan bersama-sama anak-anak angklungku sambil menunjukkan jalan. Sempat membeli makanan ringan untuk dibaham dalam panggung nanti. Tapi alangkah sedey nyer aku....cerita hape tah la yang aku tengok hari ini. Bazir duit jer. Dah la plak tu sekejap jer. Nasib baik sekejap...kalau lama aku pun tinggalkan panggung. Anak-anak angklungku plak bising dalam panggung. Cam panggung tu dia orang punyer lak.


Sebaik sahaja tamat cerita tah hape-hape tu.....kukerahkan semua gi menunaikan kewajipan dan berkumpul semula untuk minum petang. Menujulah kami e satu Cafe...tah hape ke namanya. Kupesan 18 mug air teh tarik. Punyer la lama nak siap sampai aku kena batalkan baki 4 mug....sebab 3 orang lagi tah ke mana hilangnya. Aku pun dah rasa tak nak minum bila tengok cara dia bancuh teh tarik tu. tak profesional langsung. Patut la aku tak nampak ramai customer. Makan karipap yang dibekalkan oleh Uncle Sam.



Kutinggalkan sekali lagi mereka dengan pesanan....berada di pentas pada jam 7.40 malam dan terus bersiap. Aku menyenaraikan lagu-lagu yang akan dimainkan nanti. Permintaan anak-anak angklung dipenuuhi oleh Uncle Sam. Mereka dakan dapat memainkan lagu-lagu lain. Puas hati mereka. Jam 8.00 malam memulakan persembahan. Sambutan memang hangat tetapi tiada kehangatn daripada DJ yang berkenaan. Maka panasnya sekejap-sekejap sahaja. Apa-apa pun kami sudah memberikan persembahan yang terbaik hari ini. harap semua orang terhibur.




Berkemas dan pulang ke Shah Alam dengan penuh kegembiraan.




No comments:

Post a Comment