Sunday 25 January 2015

Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil KAW

Setelah berhempas-pulas selama seminggu untuk membuat latihan pada bulan Disember tahun lepas, maka hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Majlis ini membuatkan aku tak dapat tidur semalaman. Puas memujuk mata dengan pelbagai cara dan doa, namun perasaan gementar menguasai diri. Entah pukul berapa aku terlelap sedar-sedar pukul 4.00 pagi. Terus bangun dan menyiapkan apa-apa yang perlu. Selepas subuh bertolak ke sekolah. Pintu dewan ku buka luas agar anak-anak angklung tahu bahawa aku sudah sampai. Mula membuat persiapan terakhir dan amanat diberikan kepada event floor manager untuk melaksanakan tugas dengan sempurna. 


Majlis dimulakan agak lewat sedikit daripada yang dirancang kerana menanti Encik Sazali Baharuddin daripada JPS tiba. Sebaik sahaja beliau tiba Amnan pun memulakan pukulan jidur menandakan majlis dimulakan.



Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku bersama-sama dengan alunan angklung.


Emcee meneruskan acara dengan bacaan doa oleh Ahmad Amnan dan Bonda Pengetua memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis.




Persembahan slide ditunjukkan sejurus selepas perasmian dan diikuti dengan persembahan angklung daripada anak-anak angklung Wariseni.




Acara spontan dijalankan dengan mendendangkan lagu Happy Birthday kepada Bonda Pengetua dan jurulatih kami Encik Sam Mat Kous. Mereka tidak menjangkakan sambutan ini.



Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi, sijil keahlian, sematan pingat dan sijil penghargaan kepada bekas ahli angklung tingkatan lima 2014.

Sijil Graduasi disampaikan oleh Encik Sam Mat Kous

Cenderamata untuk Encik Sam Mat Kous

Penyampaian Sijil Keahlian oleh Puan Suri Arini

Sematan pingat oleh Bonda Pengetua

Penghargaan untuk bekas ahli kelab disampaikan oleh Encik Ahmad Zainie (PPD)
Dua anugerah khas dibacakan oleh Puan Rohaya Abdul Samad, Guru Penasihat kelab sesi pagi. Anugerah ini disampaikan oleh Encik Sazali Baharudin daripada JPS. Anugerah Most Value Player 2014 dirangkul oleh Muhammad Ariff Ishak sementara Anugerah Seri Gemilang dicapai oleh Nur Amira Shafiqa Rosli.


Most Value Player of the Year 2014 - Muhammad Ariff  Ishak

Anugerah Seri Gemilang - Nur Amira Shafiqa Rosli

Terima kasih diucapkan kepada Encik sazali kerana sudi hadir dan menyampaikan anugerah tersebut. Encik Sam Mat Kous turut sama memberikan cenderamata kepada pihak sekolah kerana sokongan jitu pihak sekolah kepada Kelab Angklung Wariseni sehingga berada ke tahap sekarang.


Sebelum majlis berakhir kami sempat merakamkan kenangan bersama di hadapan pentas. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan majlis ini.


Sementara Azizah dan Yasmin membawa tetamu jemputan ke kantin untuk menikmati juadah ringan ibu bapa mula berselfie dengan anak masing-masing. Cikgu pun tidak ketinggalan.











No comments:

Post a Comment