Sunday 6 October 2019

Open House Tadika Anakku Genius Soleh


Menuju ke Saujana Utama, Sungai Buluh dengan bantuan Pak Agos dan Cikgu CT walaupun kami berdua masih lelah namun diturutkan jua bagi menlancarkan aktiviti hari ini. Perjalanan hanya mengambil masa 35 minit sahaja dari sekolah. Sampai sahaja di sekolah kami terus menuju ke destinasi berpandukan teman setia anda...Waze! Setelah melapor diri di pintu masuk utama taman kami dibenarkan masuk dan memakir kereta berhampiran dengan tadika tersebut. Terus sahaja membuat persediaan persembahan dan pameran. Ala kadar sahaja pameran kami.....pengenalan kepada angklung kepada ibu bapa yang hadir hari ini. 

  

Sementara menanti mereka menyiapkan persediaan open house, kami mengambil sarapan dahulu. Nasi lemak disediakan dan ditaja oleh Pak Agos. Alhamdulillah syukur. Pihak tadika pula menyediakan roti dan air kotak. Setelah itu kami memulakan persembahan dengan lagu Bintang Kecil sebagai pengenalan persembahan. Ibu bapa agak terkesima juga dengan persembahan ini. Mungkin mereka tidak menyangka ada persembahan angklung hari ini yang mana turut dimasukkan dalam silibus mereka pada tahun hadapan.

  

Kami berehat seketika dan disambung dengan aturcara seterusnya oleh Guru Besar tadika ini. Kami menjamu selera dengan juadah yang dijual pada hari ini dengan berbekalkan kupon RM10 sahaja. Sempat juga kami bergambar dengan ikon Omar dan Hana....Assalamualaikum....alhamdulillah!

  

Kami menutup persembahan dengan 4 buah lagu dengan aktiviti teka lagu. Jam 2.30 petang kami berkemas untuk pulang ke Shah Alam. Insyallah kita jumpa lagi pada tahun hadapan ...2020!


No comments:

Post a Comment