Thursday 10 October 2019

Majlis Persaraan Pengetua SMP Convent, Jalan Peel Kuala Lumpur.

Bergerak ke Kuala Lumpur pada jam 6.15 pagi bersama-sama Haji Ismail yang membawa van, Cikgu CT dengan Hondanya dan aku bertemankan Kia Sportage yang setia memberikan khidmtanya dengan cemerlang sekali. Sesampai di sekolah kami telah disambut mesra oleh guru bertugas dan kemudian memberikan arahan selanjutnya.

  

Setelah membuat persiapan dan sedikit rehearsal kami mengambil sarapan pagi di kantin. Macam makan tengahari pula. Setelah itu kami bersedia di ruang lobi sekolah menanti ketibaan orang yang diraikan sampai. Tepat jam 10.30 pagi kami memulakan acara dengan pukulan jidur oleh Aiman untuk mengiringi tetamu yang diraikan iaitu Pengetua SMK Convent yang akan bersara mulai hari ini. Sebaik sahaja selesai iringan kami memulakan persembahan dengan lagu Selamat Datang dan peranan kami selesai di sini untuk pagi ini.



Seterusnya peranan kami di dalam dewan. Persiapan telah dibuat dengan rapi sementara menanti majlis mereka selesai di dataran perhimpunan. Jam 12.45 tengahari baharulah kami dapat memainkan angklung di dalam dewan. Kami mulai dengan lagu kuda hitam tanpa ada pendengar untuk menetukan volume lagu. Seterusnya mencuba lagu Dinda di Mana.....dipertengahan lagu kami berhenti untuk meraikan pengetua masuk ke dalam dewan.

  


Kami diminta untuk memainkan lagu Happy Birthday tetapi arahan tidak diterima daripada pengurus lantai maka kami hanya mengoyangkan angklung sahaja setelah diarahkan oleh Penolong Kanan semasa acara memotong pulut kuning. Kami hiburkan para tetamu dengan tiga buah lagu sahaja di dalam dewan iaitu lagu Jali Jali, Bengawan Solo dan kami akhiri dengan lagu Pamit.


Bergegas pula ke tapak perhimpunan untuk memainkan lagu Masa SMA semasa tayangan slide pengetua. Sebaik sahaja selesai kami menuju ke kantin semula untuk menjamu selera buat kali kedua. Beransur pulang setelah bersalaman dengan guru-guru berkaitan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan mereka berpuas hati.

  

No comments:

Post a Comment