Friday 5 April 2019

Latihan Majlis Anugerah Cemerlang SMK TTDI Jaya

Sebaik sahaja selesai di sekolah aku, Veronica dan Hazni bergegas pula ke SMK TTDI Jaya untuk membantu mereka membuat persiapan persembahan majlis anugerah cemerlang yang dijadualkan akan berlangsung pada 20 April ini. Aku mempunyai hari ini sahaja untuk mengajarkan mereka dua buah lagu iaitu Empat Dara dan Selamat Datang. Mereka tidaklah berlatiih seperti kelab aku oleh yang demikian agak sukar untuk mereka pelajari dalam waktu yang singkat. Setelah berulang-ulang menempuhi pelbagai kesukaran dan kemarahan guru....hahahaha tu yang tak boleh tahan tu....akhirnya mereka berjaya memainkan lagu-lagu tersebut dengan betul. Harap...dalam latihan mereka sendiri nanti mereka akan ingat kesalahan yang sering dilakukan oleh mereka dan menokok nambah  gerak-geri untuk memeriahkan persembahan mereka. Gud luck guys n gals!

  

  

No comments:

Post a Comment