Thursday 4 April 2019

Bengkel Ensemble Angklung

Kebiasaannya kelab ini yang membuat bengkel angklung untuk sekolah-sekolah atau denagan badan-badan kerajaan atau bukan kerajaan. Namun kali ini cikgu kelab ini pula berkesempatan menyertai bengkel ini untuk menambah ilmu di Institut Perguruan Ilmu Khas  di Cheras pada 3 dan 4 April yang lalu. Du ahari aku berkampung di sini bersama-sama bekas pelajar institut ini. Kesemuanya guru-guru muzik. Hanya aku seorang guru Bahasa Malaysia yang mentertai program ini. Terasa diri amat kecil sekali di dalam kalangan mereka. Namun, alhamdulillah semuanya sporting belaka dan banyak yang dapat aku pelajari di sini terutamanya penggunaan accord dalam skor dan pelbagai method persembahan. Terima kasih kepada para pensyarah yang menganjurkan program ini. Syabas!




No comments:

Post a Comment