Saturday 16 March 2019

Sanggar Angklung SMK TTDI Jaya

Dahulu kami kemari untuk mengajar mereka lagu Terukir di Bintang untuk guru-guru Intergrasi membuat persembahan dan kemudian lagu Lagi Syantik kepada ahli-ahli kelab angklung yang baharu ditubuhkan dalam aliran biasa pula. Hari ini kami mengadakan bengkel atau sanggar angklung untuk mereka pula. Terbalik...pelajari yang advance dan kemudian undur kebelakang semula. Tak mengapalah.....apa-apa sahaja pun boleh asalkan ada kemahuan. 

Kelas teori diuruskan oleh Uncle Sam pada pagi ini sehinggalah tengahari. Sejarah angklung, pengenalan kepada angklung, cara memegang angklung dengan betul dan pelbagai asas mengenai pembelajaran angklung. Hari ini Saiful Azim dan Veronica pula menjadi pembantu jurulatih.

  

Hanya enam orang ahli dan seorang guru yang dapat menghadiri bengkel pada hari ini, namun dua orang ahli lelaki terpaksa keluar untuk menghadiri latihan silat. Peluang yang terpaksa dilepaskan oleh mereka untuk belajar asas angklung.


Fokus dan ayunan angklung menjadi masalah utama kepada ahli-ahli ini, namun insyallah ia pasti boleh diatasi dengan latihan yang lebih kerap untuk memahirkan diri. Diakhir bengkel kami bergambar bersama-sama untuk memahat kenangan di sini. Moga kelab angklung sekolah ini akan bertambah maju di dalam persembahan mereka selepas bengkel ini.

  

No comments:

Post a Comment