Sunday 31 March 2019

Karnival Usahawan Desa

Kali ini kami akan ke Tasek Gelugor Pulau Pinang untuk menyertai karnival ini. Dahulu kami menyertai pocket show KUD di PWTC. Bertolak ke Pulau Pinang dengan menggunakan khidmat Ariff anak kepada Encik Ariffin pada jam 10.00 malam. Perjalanan memakan masa selama 6 jam. Kami singgah di kawasan rehat untuk melegakan kaki dan pinggang yang penat duduk di dalam kereta. Makan roti bakar dan minum air panas untuk menerangkan mata.


Meneruskan baki  perjalan dan pada pukul 4.00 pagi kami tiba di Homestay Damai. Setengah jam baharulah ami dapat masuk ke dalam rumah disebabkan tuan rumahnya tak dengar kami call. Adalah 21 kali aku call .......hahahaha memang pengsan habis. Alhamdulillah kami dapat melelapkan mata buat seketika. Jam 8.00 pagi semuanya bangun dan bersiap-siap untuk mengambil sarapan pagi. Makan roti canai dan  minum teh tarik.

  

Kembali semula ke homestay dan bersiap-siap untuk ke Midtown Perda. Tragedi sekali lagi. Kunci kereta Uncle Sam tertinggal dalam bonet kereta. Nasib baik tuan rumah ada contact dengan tukang kunci, maka misi mustahil dijalankan.


Sementara Apek tu cuba membuka pintu kereta kami berposing di hadapan rumah sebagai kenangan.

  

Alhamdulillah....boleh dibuka pintu keretanya. Meneruskan perjalanan ke Midtown pada jam 11.30 pagi. Taklah jauh sangat dari tempat tinggal kami ....dalam 6 atau 7 minit sampailah kami. Setelah menurunkan barang-barang aku memakirkan kereta. Anak-anak angklung menuju khemah utama dan menanti waktu persembahan hendak dimulakan. Riezwan dan pula mengantuk dan pening kepala. Zamrina pula tertinggal spek dalam van. Farid pula tinggalkan spek hitam sendiri dalam van...air mineral juga dalam van....memacamlah bebudak ni.Sebaik sahaja persembahan ghazal selesai kami memulakan persiapan di atas pentas dan memulakan persembahan pada jam 1.45 petang dan berakhir pada pukul 2.30 petang. Memulakan persembahan dengan lagu Empat Dara dan menutup tirai persembahan dengan lagu Saabai Saabai.

  



Membenarkan anak-anak angklung meluangkan masa dalam karnival selama 15 minit dan kemudian bertolak ke Pulau Pinang untuk sesi berjalan-jalan pula.

No comments:

Post a Comment