Saturday 2 January 2016

Majlis Perkahwinan - Nana dan Aizat

Persembahan adhoc,...ingatkan penutup persembahan pada 19 Disember, rupa-rupanya ada lagi pada 24 Disember di Institut Kraf Negara Rawang. Hari ini pemandu kami Encik Agus. Awal benar kami sampai di Institut ni.... bergambar la kami setelah siap setting di tempat yang disediakan.



Menanti pengantin nikah pada pagi ni...budak-budak posing sana sini. Lantaklah janji mereka bahagia. Jam 11.00 pagi bersiap-siap dan kemudian menjamu selera.



Jam 12.00 tenghari memulakan persembahan berseang-seli dengan pengurus PA System hari ini.


Sewaktu pengantin tiba kami berhenti seketika dan melihat pasangan pengantin diirngi masuk ke dalam dewan dengan alunan lagu daripada bagpipe. Lagu Tari Tualang Tiga yang dimainkan rupanya.



Selesai majlis salam restu kami memulakan persembahan semasa pengantin makan beradap.



Selesai persembahan bergambar dengan pasangan pengantin sebelum beredar pulang setelah mengisi perut sekali lagi.



No comments:

Post a Comment