Sunday 5 July 2015

The Curve : A Syawal Spectacular - Final Day

Hari ini 4 Julai merupakan hari terakhir kami membuat persembahan di The Curve. Seperti biasa sampai sahaja anak-anak angklung menunaikan kewajipan dulu kemudian bersiap-siap untuk persembahan. Aku keletihan sungguh hari ini. Mengantuk sangat-sangat. Namun kena gagah juga. 



Jam 4 petang memulakan persembahan seadanya. Tugasku seperti biasa merakamkan semua aktiviti yang berlaku di sini.



Hari ini persembahan kami rasanya tak sampai sejam....hanya 45 minit sahaja. Tak kisahlah. Janji tugasan kami selesai. Hari ini lagu Yek Liang Tai Piau Wo Te Sin pula mendapat tepukan gemuruh dari orang ramai.



Jam 5.00 petang bertolak pulang ke Shah Alam. Bye bye Curve jumpa lagi di masa akan datang. Harap tak serik menjemput kami lagi untuk menghiburkan pengunjung The Curve lagi.

No comments:

Post a Comment