Sunday 12 July 2015

Syawal di Terminal One

Jam 4.30 petang sudah tiba di Terminal One. Jalan tidak berapa sibuk.....tetapi dalam bandar Seremban, alamak....jem kau! Bukan hape...orang selamber jer parking kat tepi-tepi jalan. Dahlah jalan tu sempit, sehala pula, depa wat cam gitu. Majlis Perbandaran pun tah mana. kalau tak habis emua kena saman...Ala la la latuk...ala lalala latuk.....jangan saman...nyanyi Poe. Lepak kat bilik persalinan sementara menanti waktu berbuka puasa. nak jejalan pun ada apa kat Terminal 1 ni?




Pukul 6.30 petang menyiapkan alatan di atas pentas dan kemudian aku mencari kuih-muih untuk berbuka puasa nanti. Lepak lagi sehingga jam 7.15 petang kemudian turun ke bawah Terminal One untuk berbuka puasa.



Jam 7.45 malam naik semula ke pentas dan bersedia untuk memulakan persembahan. Tambahan satu lagu pada kali ini menjadikan sebelas buah lagu didendangkan di Terminal One ini.






Kami akhiri persembahan dengan lagu Selamat Hari Raya dan kemudian terus berkemas. Nak menjamu selera pula selepas ini. Makan Nasi Goreng Ayam. Bebudak dah gila nak beli frozen coke kat McdDonald tu...orang tengah boikot McD depa dok sakan membeli plak. Adussss.......Bergegas pulang ke Shah Alam apabila melihat jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Jalan agak jem...ada dua kemalangan yang meibatkan 3 buah kenderaan dan lori. Tiba di sekolah jam 11.00 malam. Thank you anak-anak angklung! I'm proud of you alls.

No comments:

Post a Comment