Tuesday 25 March 2014

Tangkap Gambar : Sebuah Dokumentasi

Persembahan yang tidak dirancang sama sekali. Uncle Sam mendapat jemputan untuk majlis perasmian di Galeri Shah Alam dan beliau telah mencadangkan kami untuk membuat persembahan promosi depan Menteri Besar Selangor. Kali kedua bagi kami membuat persembahan live depan MB. Seperti biasa van Encik Ariffin akan mengambil kami tetapi pemandunya anak Encik Ariffin iaitu Ariff. Bertolak tepat jam 9.30 pagi menuju ke Galeri Shah Alam.


Kad Jemputan
Punyalah gelabah....ingatkan dema dah sampai dulu. Rupa-rupanya aku yang mencanak sampai kat galeri dengan Arham. Ulalalala....mula memunggah barang-barang turun dan meminta anak-anak angklung membawa ke ruang persembahan. Uncle Sam telah sedia ada membantu anak-anak angklung menyusun atur dan memberi sedikit taklimat sebelum persembahan. Hari ini persembahan secara santai sahaja. Buat sound check ala kadar sahaja...almaklum guna sound system sendiri jer kali ni.




Apabila MB tiba kami bergegas masuk ke dalam bilik untuk mendengar ucapan perasmian daripada MB. Jenuh juga kena berdiri. Ramai juga orang yang mendengar dan mengambil gambar dalam galeri ni. Budak-budak tu apa pahamnya ek......



Selesai perasmian kami bergegas keluar bersedia untuk membuat persembahan. Satu demi satu lagu dimainkan sementara menanti MB keluar. Sebaik sahaja beliau mendekati kami berdiri dan bersedia untuk snap snap gambar bersamanya. Seronok betul budak-budak ni nampaknya. Aku tumpang dua kaki depan mereka.....ambil gambar jer.


Kebetulan lagu yang akan kami dendangkan depan MB lagu Hindi.....Kal Ho Na Ho...hentam sahajalah Labu! Kyusuk juga tengok MB mendengar alunan lagu ni....Kami meneruskan persembahan walaupun MB sudah masuk ke ruang galeri yang lain. Anak-anak angklung tingkatan 1 turut sama hadir untuk melihat abang dan kakak mereka membuat persembahan.




Sebaik sahaja MB bergerak keluar dari Galeri Shah Alam anak-anak angkung menghentikan mainan angklung. Makan time! Waktu untuk memenuhkan perut dengan makanan. 



Tiba giliran anak-anak tingkatan 1 menunjukkan bakat mereka.....latihan kepada mereka sebab sepanjang minggu ini tiada latihan dibuat. Ini adalah kerana minggu ini adalah minggu ujian.


Apa-apa pun tahniah kepada mereka....kerana dapat hadir ke Tasik Shah Alam. Satu komitmen yang tinggi ditunjukkan. Moga latihan intensif minggu depan dapat meningkatkan lagi kemahiran mereka. Chaiyok chaiyok!

No comments:

Post a Comment