Sunday 30 March 2014

Karnival Mesra Penduduk Taman Sri Kilat

29 Mac hari Sabtu menuju ke Dewan Taman Sri Kilat Seksyen 25, Shah Alam untuk membuat persembahan perasmian Karnival Mesra Penduduk di sana. Budak-budak ni sesat barat ke dewan besar seksyen 25 pulak dah,......kata tahu tadi. Puaslah aku, Arham dan Amnan mengeledah alatan untuk persembahan. Tu la tak nak dengar cakap orang tua....kan Allah dah tunjuk. Hati-hati Tuhan balas tunai sekarang....no credit card ya....sori sape yang terasa. Sape soh makan cili padi tadi.


Setelah diberikan taklimat serba ringkas, anak-anak angklung menanti....seperti biasa sesi bergambar dijalankan. Kemudian acara mengisi perut. Dijangkakan persembahan kami bermula pada pukul 8.30 pagi....tapi perasminya tak nampak-nampak lagi. Menjadi kebiasaan. Penantian......menanti.....menunggu....dan terus setia menanti.



Akhirnya orang yang ditunggu-tunggu pun tiba. Kami bersedia untuk memulakan persembahan, sebaik sahaja bacaan doa selesai kami bersedia untuk memulakan persembahan. Hanya tiga buah lagu akan didendangkan iaitu lagu Tari Tualang Tiga, Bintang Kecil dan Wau Bulan. Lagu-lagu ini telah diajarkan kepada pemain junior dan kebetulan empat orang pemain angklung junior dipilih untuk menyertai persembahan kali ini.

Aturcara Majlis
 







Setelah selesai kami pun berkemas dan beredar untuk membuat persiapan persembahan di Petaling Jaya pada 30 Mac 2014. Tetapi malam tadi mendapat call daripada Uncle Sam semua aktiviti berbentuk hiburan dibatalkan atas arahan menteri untuk menghormati MH370. Gelabah juga aku kerna perlu menghubungi anak-anak angklung yang terlibat. Mujurlah surat kebenaran ibu bapa ada dalam tangan. Senanglah sikit kerja aku. FB pun banyak membantu. Persembahan tersebut akan dilangsungkan pada bulan April nanti. So....tungggu!

No comments:

Post a Comment