Saturday 14 September 2013

i-Plugged

Mendapat makluman daripada Ben dan Azizah untuk menyertai i-Plugged...uji bakat anjuran RTM Channel Astro TVi 180 bulan depan. Masuk sajalah...apa-apa pun yang penting dapat pengalaman. Pendapat anak-anak buah diminta dan mereka  bersetuju untuk menyertai uji bakat tersebut. Puan Suri dihubungi untuk mendapat kebenaran menyertai uji bakat tersebut. Yes...green light! Maka pilihan lagu pun dibuat.

Setelah berhempas pulas sampai angklung patah dan pecah....Uncle Sam turut jadi mangsa untuk tuning kongga kami yang dah lama tak digunakan, siaplah lagu medley kami selama 5 minit tu. Kami guna pakai lagu yang dimainkan semasa uji bakat Hari Kraftangan Kebangsaan yang lalu disamping dua lagu baru iaitu Wong Fei Hung, Serba Salah, Chalte Chalte dan My Way.

Hari Jumaat kami bertolak ke FINAS dan menuju ke Studio Pentas Bunyi. Setelah menanti berjam-jam maka rakaman pun dimulakan. Tapi sayang semasa rakaman tidak dibenarkan apa-apa pun direkodkan. Dengar sahajalah. Cuma yang dapat dipamerkan...gambar-gambar semasa di sana. So...enjoy!







No comments:

Post a Comment