Friday 27 September 2013

Canon Cultural Nite

Menuju ke PICC Putrajaya dari Hulu Yam pada pukul 3.00 petang dengan kelajuan yang sederhana. Berbelok-belok juga jalannya. Takut mabuk budak-budak kat belakang tu. Khidmat gps Nokia digunakan sekali lagi. Sesampai di Putrajaya Uncle Sam dihubungi untuk mengetahui lokasi sebenar. Kami diminta ke loading bay untuk memudahkan kerja punggah memunggah barang-barang nanti. Banyak plak songel guard depan tu...barang apa, untuk apa, kat mana, anjurn siapa....isi borang.....minta lesen. Huh...sabor jer la.


Sampai ke dalam dewan tercari-cari pintu masuk. Sekali lagi Uncle Sam dihubungi. Ramainya orang depan pintu masuk. Semua tengok kami....yang terus buka pintu tepi dan masuk ke dalam. Jeleslah tu...lalalalalalala! Dah dalam dewan...orang pandang lagi.....jumpa Uncle Sam, terus arahkan kami ke belakang pentas. Biasalah kami...ada peluang jer bergambar lagi,,,,,,kodak banyak.....!





Kami diberitahu persembahan sesi pertama kami akan hanya memainkan empat atau lima lagu sahaja dan berhenti seketika untuk waktu Maghrib. Tanpa sound check....kami terus naik ke pentas untuk memulakan persembahan.



Setiap persembahan kami tamat .....kami mendapat tepuk gemuruh daripada tetamu yang hadir lebih dari 2000 orang kesemuanya. Mereka mahukan lagi....lagi....lagi.....teruja juga ni. Semasa dok merakamkan persembahan, tetiba ada orang tegur. Cikgu....? Ku toleh...la bekas AJK PIBG sekolah rupanya. Berbual-bual seketika aku kat situ. Lupa plak nak rakam persembahan anak-anak angklung.


Sesi pertama pun berakhir.....memang gemuruh dewan. Baru betul cultural nite. Kami berehat sebentar di belakang pentas. Sempat berbual-bual lagi dengan tetamu tadi...sebab dia gi kat belakang pentas pula. Shaza mengenali tetamu ni, bapa Farzana katanya. Lebih kurang 20 minit kami memulakan persembahan sesi ke dua. Seperti biasa memang gamat...mereka suka mendengar lagu-lgu rancak rupanya. Ada permintaan lagu India, tapi Uncle Sam tak bagi main pula. Takde orang India katanya. Aisey....cedey ni... Kami turut memainkan lagu Sukiyaki, khas untuk boss Canon dari Jepun. Mari...mari dengar dan lihat persembahan kami.



Kami terpaksa menamatkan persembahan lebih awal oleh kerana terdapat pelbagai acara lagi yang mereka akan jalankan. Para tetamu masih mahu kami memainkan lagi lagu tetapi apa boleh buat....masa tidak mengizinkan. Selepas memunggah barang-barang ke dalam van, masa untuk kami mengisi perut pula.






Selesai makan kami ke tengah dewan untuk bergambar lagi.



Setelah lesen diambil, menuju ke Shah Alam setelah tawaf Putrajaya beberapa kali untuk cuba keluar dari PICC....semua jalan telah ditutup untuk upacara bunga api di Pullman Lake Resort pada pukul 10.00 malam nanti. Huh....macam nak gila cari jalan keluar, akhirnya berjaya juga.

No comments:

Post a Comment