Tuesday 25 June 2013

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

23 Jun 2013, hari terakhir Pertandingan Mengenal Burung di Bukit Fraser. Jam 7.30 pagi anak-anak angklung sudah mengangkat beg masing-masing untuk disumbatkan ke dalam van...entah bila van tu sampai, tup tup dah ada kat tempat parking kereta. Uncle Sam keluar dengan beg-begnya dengan bangga berkata.....budak-budak lelaki masih tidur. Eh..eh....ku ingatkan dia akan mengejutkan bebudak ni. Last-last ku kerah Yasmin ke sana. Dengar cerita, mereka tersalah masuk bilik.....hulalalalalaa...free show ka?

Bertolak ke pusat bandar dan sempat mengambil gambar di perkarangan pentas.



8.00 pagi seperti biasa, sarapan pagi tiba, anak-anak angklung dipanggil untuk menjamahnya. Selepas bersarapan, kami lepak semula dihadapan pentas sambil shooting sana sini.



Uncle Sam panggil pula...nak berbincang senarai lagu yang akan dimainkan pada pukul 10.00 pagi nanti. Selesai.....anak-anak angklung dikumpulkan dan diberikan taklimat oleh uncle Sam.



10.00 pagi...bersedia di tempat yang disediakan. Kami akan memainkan 6 buah lagu, ada lagu yang diulang dan ada beberapa lagu yang baru dimainkan. Rasa-rasanya kami ada banyak lagu tetapi yang kerap dimainkan menjadi pilihan utama kami dan bersesuaian dengan majlis. Hari ini kami ada 3 sesi persembahan iaitu pada pukul 10.00 pagi, 12 tengahari, 2 petang dan yang terakhir untuk majlis penutup pada pukul 3.00 petang kami akan memainkan lagu Inang Cina (sambutan) bersama jidur.




Klip-klip di atas merupakan sebahagian daripada persembahan pada sesi-sesi yang telah ditetapkan. Klip yang lain boleh ditonton dalam laman YouTube. Pada pukul 2.30 petang sebaik sahaja lagu terakhir dimainkan kami bergegas untuk persembahan terakhir kami iaitu menyambuut kedatangan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan iaitu YB Dato Seri Muhamad Nazri. Ika...sakit perut pula dia, dah la kena gantung jidur yang saiznya lagi besar dari badannya sendiri. Amnan dan Ariff berkongsi tenaga untuk mendukung jidur bagi pihak Ika.


Lama betul menanti....3.30 petang baharulah kedengaran ketukan jidur Ika menandakan menteri sudah hampir.







Menteri berhenti seketika untuk mendengar alunan angkung, nampak juga tangan beliau mengetuk-ngetuk pada tongkat mengikut irama Inang Cina. Sebaik sahaja semua para tetamu duduk maka tamatlah persembahan kami pada kali ini. Kami terus menyimpan barang-barang ke dalam kereta. Van sudah menanti anak-anak angklung. Di pertengahan jalan, Arham memberitahu batiknya telah tertinggal. Hon dibunyikan meminta van berhenti seketika dan kami berpatah semula ke pusat bandar untuk mengambinya. Ingatkan van tunggu kami di tempat parking rupa-rupanya van juga berpatah balik.

Selamat tinggal Bukit Fraser......InsyAllah di lain tahun jika ada kesempatan kita akan berjumpa lagi. Chalo...

No comments:

Post a Comment